Amanah harap kerjasama Kerajaan Perpaduan kekal tapi akui pilihan di tangan BN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Amanah Negara (Amanah) mengharapkan supaya kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan demi kepentingan negara bagi mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad mengakui pilihan sebenarnya terletak di tangan Barisan Nasional (BN) sama ada mahu meneruskan kerjasama itu atau tidak.

Khalid menyifatkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan BN yang diasaskan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) itu sangat baik, penuh tolak ansur dan keikhlasan.

Malah, beliau berkata, tiada sebab BN menolak kerjasama tersebut.

“Tiada sebab BN perlu menolak kerjasama ini. Agak hairan kenapa BN masih teragak-agak dalam meneruskannya kerana tiada unsur khianat atau paksaan sepanjang kita bekerjasama.

“Lainlah kalau kami seperti Pas dan PN (Perikatan Nasional) yang masyhur dengan khianat dan pemaksaan.

“Teringat saya akan kata-kata pegawai ISA ketika saya ditahan dahulu, “pisau di tangan kamu dan buah di tangan kamu, nak potong cantik-cantik atau nak cincang, itu pilihan kamu’.

“Begitulah keadaannya dengan BN sekarang. Walaupun dilayani dengan baik semasa kerjasama perpaduan ini, terpulang pada BN sama ada hendak teruskan atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Naim Kurniawan teruskan legasi bapa, BN turut pertahan Lamag

Sementara itu, Khalid turut menghargai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang secara tenang menyatakan rundingan kerusi antara PH dan BN tidak mungkin dilakukan ketika ini kerana keputusan sama ada mahu bersama PH atau bergerak bersendirian masih belum dibuat.

Beliau menyifatkan jawapan Mohamad atau Tok Mat itu sebagai lebih matang dan ikhlas berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini.

Katanya, pendirian itu berbeza dengan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr Muhamad Akmal Saleh yang cenderung untuk bersama Pas dan PN.

Bagaimanapun, Khalid memaklumkan, berdasarkan jawapan Mohamad itu, Amanah akan bersiap-sedia bagi menghadapi segala kemungkinan.

“Bagi Amanah, kami terus mengharap bahawa keikhlasan yang ditunjukkan PH dalam berpakat akan dihargai dan mencorakkan keputusan BN.

“Tapi pada masa sama, Amanah akan gerak jenteranya mulai sekarang untuk hadapi kemungkinan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti kegilaan Akmal.

“Ini bukan amaran atau cabaran, ia sekadar statement of fact atau menyatakan hakikat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This