Peralihan Monsun bermula 29 Mac, waspada cuaca tidak menentu  – Ahmad Zahid

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

ORANG ramai diingatkan agar berwaspada susulan Fasa Peralihan Monsun yang dijangka bermula pada 29 Mac ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan berterusan sehingga Mei ini sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026.

Menurut Ahmad Zahid, sepanjang tempoh itu, negara dijangka mengalami cuaca tidak menentu termasuk ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi mengakibatkan kejadian banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.

“Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada, mengelakkan kawasan berisiko serta peka dengan maklumat dan amaran cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Zahid menambah, orang ramai perlu mengelakkan berada di kawasan lapang ketika ribut, jauhi pokok besar dan struktur tidak kukuh serta berhati-hati di kawasan yang berpotensi berlaku takungan air.

Katanya, semua agensi berkaitan berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This