Nanta Linggi kesan kewujudan akaun palsu, minta orang ramai berhati-hati

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesan kewujudan akaun media sosial yang menggunakan nama dan identiti beliau.

Sehubungan itu, beliau menafikan sebarang kaitan dengan akaun tersebut dan meminta orang ramai supaya berhati-hati dengannya.

“Saya mengambil maklum mengenai kewujudan akaun palsu yang menggunakan nama dan identiti saya di media sosial.

“Saya dengan ini menafikan sebarang kaitan dengan akaun tersebut dan amat kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan serta berpotensi memperdaya orang awam.

“Saya menasihati semua pengguna media sosial agar tidak mempercayai sebarang maklumat daripada akaun tidak sah,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Nanta Linggi menegaskan akaun rasmi beliau di platform Instagram hanya pada pautan demikian
https://www.instagram.com/alexandernantalinggi.

“Orang ramai juga digalakkan untuk melaporkan mana-mana akaun yang mencurigakan serta membantu menyebarkan amaran ini demi kebaikan bersama,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This