Dunia tidak semestinya diatur oleh golongan siuman – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa dunia ini tidak semestinya diatur oleh golongan siuman yang mana mereka memiliki pandangan berbeza tentang sesuatu perkara.

Tegasnya, perkara itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ramai pihak yang cintakan kepada keamanan termasuklah kaum wanita.

“Ada kemunasabahan mereka suarakan kerana dunia ini tidak semestinya diatur oleh golongan-golongan yang siuman, banyak dipengaruhi oleh kalangan yang mempunyai pandangan yang agak berbeza.

“Menghina atau tujuan untuk menggunakan kekuatan tentera atau senjata untuk menakluki atau pun menekan, dan ini menyebabkan ada keresahan bukan sahaja dalam kalangan wanita tapi ramai rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi DSA dan NATSEC Asia, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata pameran yang melibatkan teknologi seperti DSA dan NATSEC Asia 2026 sama seperti program lain sepertinya sama ada dalam bidang fesyen atau automotif.

Katanya, tiada apa yang salah sesebuah syarikat mempamerkan produk terbaharu mereka sekiranya ia digunakan dengan sebaik mungkin.

“Apa sahaja boleh menjadi senjata termasuklah pisau di dapur, yang digunakan untuk memotong sayur dan daging namun jika ada minda yang salah, anda akan menggunakannya sebagai senjata.

“Jadi jalan penyelesaiannya bukanlah produk tetapi minda seseorang,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI kukuh kerana budaya ‘duduk semeja’ – Hannah Yeoh

AMALAN bekerjasama dan saling menghormati antara parti dalam Kerajaan MADANI menjadi faktor penting kepada kestabilan pentadbiran serta keupayaan kerajaan...

More Articles Like This