Isu FWCMS: Setiausaha Politik Menteri KESUMA persoal tindakan Rafizi, Nik Nazmi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SETIAUSAHA Politik kepada Menteri Sumber Manusia mempersoal tindakan Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa kerana tidak bersuara berkenaan sistem Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) ketika berada di Kabinet.

Aizuddin Abd Gaffal berkata, pelanjutan kontrak FWCMS sehingga 2031 telah dibuat pada 24 Jun 2024, di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan diluluskan ketika kedua-dua mereka berada di dalam Kabinet.

“Pada ketika itu, kedua-dua individu yang kini lantang bersuara masih merupakan anggota Kabinet yang mempunyai kuasa, akses kepada maklumat dan tanggungjawab kolektif dalam proses membuat keputusan tersebut.

“Jika benar terdapat kelemahan yang begitu serius seperti yang didakwa hari ini, mengapa suara itu tidak kedengaran ketika mereka berada di meja membuat keputusan?

“Mengapa hanya sekarang barulah pelbagai isu diketengahkan?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, sembilan Ahli Parlimen PKR memandang serius laporan media dan reaksi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berhubung cadangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melaksanakan satu sistem baharu dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) yang dinamakan ‘The Universal Recruitment Advanced Platform’ (TURAP).

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, Ramanan bukan sahaja mengesahkan cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, tetapi juga mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu FWCMS.

Aizuddin menambah, selepas kelulusan tersebut dibuat, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut menyinggung beberapa perkara berkenaan pelaksanaan FWCMS serta potensi pertindihan dengan sistem baharu National Integrated Immigration System (NIISe).

Namun katanya, sekali lagi, tiada bantahan daripada mereka ketika itu.

“Sikap berdiam diri ketika berkuasa, kemudian lantang apabila sudah tidak lagi memikul tanggungjawab, hanya mengundang persoalan terhadap keikhlasan,” katanya.

Aizuddin berkata, beliau dan majoriti rakyat Malaysia sentiasa menghormati peranan semak dan imbang dalam sistem demokrasi berparlimen.

“Perlu ditegaskan, cadangan sistem pengambilan pekerja asing baharu pada masa ini masih dalam peringkat penilaian.

“Tiada keputusan muktamad, tiada pelantikan dan tiada komitmen dibuat kepada mana-mana pihak.

“Segala pertimbangan sedang dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira kepentingan negara, ketelusan serta keberkesanan jangka panjang,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This