Harga diesel turun 85 sen di Semenanjung bagi tempoh 23 hingga 29 April

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SELARAS dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit diesel di Semenanjung, harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan bagi tempoh 23 hingga 29 April berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga diesel di Semenanjung akan turun sebanyak 85 sen, iaitu daripada RM5.97 seliter kepada RM5.12 seliter.

Menurut kementerian, harga RON97 pula dikurangkan sebanyak 25 sen seliter iaitu daripada RM5.10 seliter kepada RM4.85 seliter.

Jelas kementerian, harga RON95 tanpa subsidi juga turun 15 sen seliter iaitu daripada RM4.02 seliter kepada RM3.87 seliter.

“Penurunan harga minggu ini adalah berdasarkan formula APM yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu. 

“Walaupun terdapat pelarasan, harga petroleum kekal tinggi berbanding paras sebelum konflik,” jelas kementerian.

Kementerian Kewangan menambah, dengan konflik di Asia Barat yang berlarutan, Kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa.

Menurut kementerian, kerajaan juga akan mengambil langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api, di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This