“Saya siapa nak berlagak diva?” – Chacha Maembong jawab tuduhan sombong, akui air muka ‘keras’ punca salah faham

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SERING kali dilabel sebagai pelakon yang mempunyai imej ‘garang’ dan sukar didekati, pelakon jelita Chacha Maembong akhirnya tampil membuka mulut bagi menjernihkan keadaan.

Dituduh berlagak diva dan sombong, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 30, menjelaskan segala tanggapan negatif tersebut hanyalah salah faham yang timbul akibat raut wajahnya yang kelihatan serius, terutama ketika sedang dalam keadaan keletihan.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mudah didekati, Chacha mengakui dia sering menjadi mangsa keadaan apabila orang sekeliling hanya menilai dirinya dari jauh tanpa cuba mengenali sisi peribadinya yang sebenar.

Bagi bintang drama Cukup Derita Itu, keletihan selepas seharian berada di set penggambaran kadangkala memberi kesan kepada riak wajahnya sehingga disalah erti sebagai seorang yang angkuh.

“Saya akui air muka saya memang nampak sedikit ‘keras’, lebih-lebih lagi kalau pulang dalam keadaan kepenatan dari penggambaran.

“Disebabkan itu, ada yang sampai kata saya macam diva dan menyombong. Hakikatnya saya bukan begitu.

“Saya siapa nak berlagak diva? Kalau orang tegur, saya akan balas dengan baik. Cuma mungkin bagi mereka yang tak kenal, mereka sangka saya bersikap sebegitu,” katanya kepada URTV.

Walaupun sering berdepan dengan tuduhan melulu, adik kepada aktres Emma Maembong ini tetap tenang dan menganggap ia sebagai asam garam sebagai seorang anak seni.

Baginya, tidak ada gunanya untuk menyimpan rasa marah terhadap perkara yang tidak benar.

Chacha turut menegaskan bahawa kekuatan mental adalah kunci utama untuk kekal relevan dan tenang dalam industri hiburan yang penuh dengan spekulasi.

“Tiada sekelumit pun rasa marah bila dituduh sedemikian kerana itu memang bukan diri saya.

“Terpulanglah apa yang orang mahu cakap, saya tidak simpan dalam hati.

“Sebagai pelakon, mental kena kuat. Jika masih ada yang mahu tuduh saya diva, saya hanya balas dengan ucapan terima kasih sahaja,” ujarnya lagi ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment, baru-baru ini.

Di sebalik imej luaran yang nampak kental, Chacha sebenarnya seorang yang sangat mementingkan kedamaian hati.

Dia lebih selaras untuk menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Esa daripada membalas kata-kata kesat peminat atau netizen.

Prinsip hidupnya mudah, biarlah orang lain melakukan kejahatan, asalkan dia tetap menjaga budi pekerti dan tidak menyimpan dendam.

“Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Saya yakin balasan Allah itu tetap ada.

“Daripada saya membalas dengan kata-kata kasar, lebih baik saya serahkan semuanya kepada Allah.

“Tiada istilah dendam dalam hidup saya,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This