“Dia nak tumpang populariti saya!” – Ameng Spring ‘sekolahkan’ Liza Hanim, anggap hanya cari publisiti murahan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

HANGAT! Nampaknya industri hiburan tanah air kembali bergetar apabila penyanyi, Ameng Spring secara terbuka membidas kenyataan rakan seperjuangannya, Liza Hanim.

Segalanya bermula apabila Liza meluahkan rasa terkilan terhadap kenyataan seorang penyanyi senior yang mendakwa gelaran ‘juara’ tidak menjamin masa depan dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Ameng, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 58, menyifatkan tindakan Liza itu hanyalah sekadar usaha untuk menangguk di air yang keruh demi meraih perhatian peminat.

Tanpa berselindung, pelantun lagu Sampai Hati itu mendakwa Liza yang juga juara Talk To My Manager musim pertama (TTMM1) sebenarnya sedang ketandusan modal sehingga terpaksa memetik namanya untuk kekal relevan.

“Liza sebenarnya cuma nak tumpang populariti saya sahaja. Dia nak cari publisiti murahan sebab dah tak ada modal lain.

“Dalam sesi ‘live’ itu, niat saya hanyalah mahu mengingatkan supaya jangan terlalu mengharapkan kemenangan semata-mata, kerana kadang-kadang gelaran juara itu tidak menjanjikan apa-apa pun,” katanya kepada URTV.

Ameng turut memberikan contoh peribadi di mana dia sendiri sering tewas dalam pelbagai pertandingan sejak 1989, namun namanya tetap utuh dan popular sehingga ke hari ini berbanding sesetengah pemenang yang terus lenyap dari radar seni.

Bagi Ameng, Liza tidak sepatutnya bersikap terlalu sensitif atau melatah dengan kenyataan tersebut.

Sebaliknya, dia menyarankan agar Liza memfokuskan tenaga untuk membina kerjaya anaknya, Marsya Qistina agar benar-benar mampu berdiri sebagai seorang juara yang disegani.

“Dia tak perlu nak melatah atau menyalak menyalahkan orang lain atas kenyataan saya.

“Apa yang lebih penting sekarang adalah buktikan anaknya itu benar-benar seorang juara.

“Dia menang dapat duit RM30,000 tapi pergi melancong, sepatutnya duit itu digunakan untuk cari komposer hebat seperti Melly Goeslaw bagi hasilkan lagu buat anaknya. Barulah boleh meletup!” katanya lagi.

Kemarahan Ameng nampaknya bukan kepalang apabila dia mendedahkan telah menghantar mesej peribadi kepada Liza selepas penyanyi wanita itu meminta ‘menjaga mulut’. Bagi Ameng, amaran itu adalah satu kesilapan besar buat Liza.

“Saya paling marah bila dia minta saya berhati-hati jaga mulut. Saya dah mesej dia, saya kata dia yang patut jaga mulut sendiri, bukan mulut orang lain.

“Dia cuba nak berlawan dengan saya? Nasihat saya, jangan cuba jolok sarang tebuan.

“Dengan orang lain bolehlah, tapi dengan saya, jangan. Saya boleh buat keadaan jadi huru-hara kalau saya mahu. Saya berani kerana saya di pihak yang benar,” ujarnya.

Ameng turut menegaskan dia tidak akan sesekali memohon maaf dan tidak mengharapkan perkara yang sama daripada Liza.

Baginya, satu-satunya perkara yang mampu menutup mulutnya adalah sekiranya Liza berjaya membuktikan Marsya menjadi penyanyi yang ‘meletup’ suatu hari nanti.

Terdahulu, kemelut ini tercetus selepas Liza meluahkan rasa kecewa di media sosial terhadap seorang artis senior yang memperlekehkan kredibiliti seorang juara pertandingan realiti, yang mana rata-rata netizen mengaitkan perkara tersebut dengan sesi siaran langsung Ameng di TikTok.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This