PDRM buat persiapan awal hadapi PRN Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan persiapan awal menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Saifuddin Nasution, beliau telah dimaklumkan bahawa PDRM Johor telah memulakan pelbagai persediaan menghadapi PRN itu.

Kata beliau, ia melibatkan penugasan anggota, aspek keselamatan, logistik serta penyelarasan antara agensi.

“Persiapan awal amat penting supaya segala perancangan berkaitan keselamatan dapat disusun dengan teliti dan setiap keperluan operasi dapat dikenal pasti lebih awal.

“Ia bagi memastikan proses pilihan raya nanti dapat berlangsung dalam keadaan yang aman, teratur dan terkawal,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas singgah sebentar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, pagi tadi.

Saifuddin Nasution memaklumkan telah mendengar taklimat berkaitan persiapan serta tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam menghadapi PRN Johor 2026.

“Apa yang penting, rakyat dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan selesa dan yakin manakala suasana demokrasi yang sihat terus dipelihara.

“Insya-Allah, dengan persiapan rapi serta kerjasama semua pihak, PRN Johor 2026 akan dapat dilaksanakan dengan lancar, aman dan harmoni demi kepentingan rakyat dan negeri Johor,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This