Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menambah ia diutuskan oleh Setiausaha Agung Pas, semalam.

“Saya akan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap cadangan-cadangan tersebut dan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk diteliti.

“Bersatu mengulangi tekad dan iltizam kami untuk terus memelihara hubungan baik dengan PAS dalam Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Pas menyatakan akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu susulan beberapa tindakan parti itu yang dilihat melanggar semangat setia kawan parti komponen PN.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu dibuat susulan siri tindakan Bersatu yang disifatkan kurang menyenangkan partinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This