PRN Johor bukan pilihan PH, namun tetap hormati demokrasi – Amirudin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) mengakui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan ketika rakyat dan negara sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi serta ketidaktentuan global, namun gabungan itu tetap komited menghormati proses demokrasi dan Perlembagaan.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendirian itu selaras dengan penegasan Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya PH Johor 2026, malam tadi.

Beliau berkata, keputusan mengadakan pilihan raya itu bukan sesuatu yang dipersetujui secara bersama oleh semua pihak.

“Hakikatnya, seperti dijelaskan Anwar semalam, pilihan raya ini bukanlah keputusan yang dilakukan dan dipersetujui secara bersama.

“Ketika negara dan dunia dihimpit krisis yang mencengkam, rakyat kini dihambat dengan pilihan raya ketika bukan waktunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Amirudin menegaskan PH akan terus mengambil bahagian dalam proses demokrasi dan bersedia menghadapi pilihan raya dengan semangat kebersamaan serta disiplin yang tinggi.

Menurutnya, kemenangan hanya mampu dicapai menerusi kesetiaan kepada perjuangan, kerja berpasukan dan kesungguhan seluruh jentera parti.

“Walaupun ia bukan pilihan yang kita setujui bersama, PH kekal komited menjadi peserta demokrasi dan menjunjung prinsip Perlembagaan.

“Kemenangan hanya akan dicapai melalui disiplin, kesetiaan serta kesanggupan untuk bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh jentera dan penyokong PH supaya memperkukuh gerak kerja bagi meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu adalah pilihan terbaik untuk menerajui Johor.

Katanya, PH akan terus mempertahankan agenda reformasi serta memperkukuh Kerajaan MADANI pimpinan Anwar demi kesejahteraan rakyat.

Malam tadi, Anwar melancarkan Jentera Pilihan Raya PH Johor 2026 yang turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta barisan kepimpinan PH.

Majlis itu menjadi pentas rasmi pertama PH menggerakkan jentera pilihan rayanya selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri yang baharu.

PRN itu dijangka menjadi medan penting untuk mengukur sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri sedia ada serta Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This