Gempa bumi Mindanao: Malaysia sedia hulur bantuan, PM jamin pantau keadaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda Mindanao, selatan Filipina, pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluahkan kebimbangan mendalam berikutan kejadian tersebut.

Beliau menyifatkan Malaysia dan Filipina merupakan rakan rapat serta rakan kongsi ASEAN.

“Ingatan dan doa kami bersama rakyat Filipina.

“Saya berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan semua yang terjejas, mendoakan mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hari-hari sukar yang akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri memaklumkan beliau mengambil perhatian tentang kesan gempa bumi tersebut dengan gegaran turut dirasakan di beberapa bahagian di Sabah.

“Saya memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa kerajaan sedang memantau keadaan dengan teliti.

“Perkhidmatan kecemasan juga sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran awal tsunami di empat kawasan pantai di Sabah susulan gempa bumi tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan memaklumkan, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.

Beliau berkata, siren nasihat tsunami telah dibunyikan di keempat-empat lokasi tersebut.

Menurut Arthur, ia sebagai langkah kesiapsiagaan dan amaran awal kepada penduduk di kawasan terlibat.

Gempa bumi bermagnitud 7.9 itu melanda Mindanao pada pukul 7.37 pagi tadi berpusat di lokasi dengan koordinat 5.7 darjah utara dan 125.1 darjah timur.

Gempa tersebut berlaku kira-kira 97 kilometer selatan Koronadal City dengan kedalaman 50 kilometer.

Gegaran turut dilapor dirasai di Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This