Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita di sebuah masjid di Kampung Jelatang, Alor Gajah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar memaklumkan, kejadian itu yang berlaku kira-kira 4.45 petang dalam ruang solat wanita Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati mangsa berusia 19 tahun itu sedang menunaikan solat asar secara bersendirian dalam ruang solat tersebut.

“Mangsa meletakkan beg mengandungi dokumen dan barang-barang peribadi miliknya di hadapan sejadah.

“Ketika mangsa bangun dari sujud, mangsa ternampak seorang lelaki tidak dikenali memakai t-shirt berwarna biru dan berseluar pendek berwarna hitam tiba-tiba berada di hadapannya.

“Lelaki itu kemudiannya mengambil serta melarikan diri bersama beg penuntut berkenaan melalui pintu belakang ruang solat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.24 petang hari yang sama.

Katanya, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Identiti suspek juga telah dikenal pasti dan ketika ini pihak polis sedang giat memburu suspek.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini dan kerjasama orang awam yang mempunyai apa-apa maklumat amat dialu-alukan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi nombor telefon 06-5562222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This