KUALA LUMPUR – Harapan peminat untuk melihat wajah bayi sulung pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya tertunai.
Pendedahan itu dikongsikan mereka menerusi muat naik sekeping foto keluarga di akaun laman sosial Instagram.

“Selamat Tahun Baharu 2021! Salam kasih dan sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu di ruangan kapsyen.
Bayi perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya itu dilahirkan pada 2 Oktober selepas tiga tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini baik Fazura mahupun Fattah, masing-masing memilih untuk tidak mendedahkan wajah cahaya mata merka.
Sebaliknya mereka memohon untuk diberikan sedikit masa dan berjanji akan berkongsi wajah puteri kesayangannya itu apabila tiba waktu yang sesuai.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

