Samsons ubati rindu peminat dengan album V

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS tujuh tahun tidak mengeluarkan album baharu, bands Samsons akhirnya melancarkan buah tangan terbaharu berjudul V.

Album kelima itu bersempena dengan simbolik angka lebih 17 tahun penglibatan Samsons mengharungi industri muzik.

Dianggotai oleh Ariadinata selaku vokalis, Irfan Aulia (gitar), Erik Partogi Siagian (gitar), Aldri Dataviadi (bass) dan Chandra Konde Christanto (pemain dram).

Istimewanya album V kali ini ialah kerana mereka telah berkerjasama dengan seramai 55 orang pemuzik  dalam Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Pemuzik orkestra yang terdiri daripada 40 pemain strings, tujuh pemain woodwind, tujuh pemain brass dan seorang perkusi (percussionist) yang sudah biasa membuat skor lagu untuk filem Hollywood.

Maka tak hairanlah jika nuansa muzik yang disajikan oleh Samsons di album V ini terasa sangat dahsyat dengan isian bunyi yang mendapat sentuhan sepenuhnya daripada muzik orkestra.

Namun begitu, penglibatan pemuzik orkestra secara langsung dalam muzik Samsons bukanlah perkara yang baharu. Ini kerana pada 2007 menerusi album Penantian Hidup, kumpulan ini pernah berkoloborasi dengan Sydeny Philarmonic Orkestra.

SELEPAS tujuh tahun tidak tampil dengan sebarang album, Samsons akhirnya meluncurkan album berjudul V

Masih mengekalkan tema cinta sebagai senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap bait lirik yang dibawakan, album V memuatkan 12 buah lagu yang dipilih Samsons buat pencinta muzik mereka.

Beberapa lagu sudah dilancarkan antaranya Ternyata Cinta, Tuhan Tak Pernah Salah, I Love U dan Cinta Mati. Sementara karya Jika Nanti adalah lagu terbaharu yang dilancarkan serentak dengan album berkenaan.

Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock termasuk balada untuk album V ini mengikut kesesuaian trend muzik masa kini.

Malah, band ini juga sudah popular dengan jenama yang acapkali membawakan lagu bertemakan romansa walaupun tema cinta itu boleh diintepretasi atau diterjemahkan ke dalam banyak hal secara universal.

Sementelah dari segi susunan muzik, seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, komposisi lagu pop balada disematkan dengan bunyian ala orkestra menjadi paduan yang cukup sempurna.

Maka tidak keterlaluan andai mengatakan album V ini adalah yang terbaik pernah diterbitkan oleh Samsons!

SONG TRACK:

1. Lalu

2. Sampai Padamu

3. Ternyata Cinta

4. Tuhan Tak Pernah Salah

5. Andai Aku Tahu

6. Jika Nanti

7. I Love U

8. Denting Asmara

9. Cinta Mati

10. Tak Semestinya

11. Move On

12. Sahabat

MEDIA SOSIAL

Facebook: https://www.facebook.com/samsonstheband

Twitter: @samsonstheband

Instagram: samsonstheband

YouTube: SamSonS Band


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This