KUALA LUMPUR – Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di sini hari ini.
Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Raf Yaakob dalam sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram kira-kira tiga jam lalu.
Menurut Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta dan isterinya itu berada dalam keadaan sihat.

“Syukur alhamdulillah. Bayi perempuan kami telah selamat dilahirkan. Mommy okey, bayi pun okey.
“Bayi dilahirkan secara normal. Saya sangat bangga dengan kamu, Mawar,” tulisnya di kaspyen Instagram.
Dalam pada itu, Raf yang juga adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ini turut berkongsi akaun rasmi Instagram anak keduanya itu yang setakat ini telah mengumpul seramai lebih tujuh ribu pengikut.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada November 2017. Mereka turut dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

