Kuih cucur jawa. Mudah saja nak buat tapi jangan derhaka resipi.

Dari Penulis

Kuih cucur jawa ini memang cukup enak dijadikan sarapan. Punya banyak nama, boleh dipanggil peneram, pinjaram, penyaram dan kuih topi, namun resipinya tetap sama.

Menurut Yatt Norhayati Wahab, adunan mestilah diperap dahulu semalaman di dalam peti sejuk bagi mendapatkan hasil terbaik.

Tips :

  1. Panaskan kuali terlebih dahulu sebelum meletakkan minyak masak.
  2. Minyak mesti panas dan cukup banyak supaya dapat tenggelamkan kuih.
  3. Jika minyak kurang, bahagian tengah topi akan hangit dan tidak cantik.
  4. Gunakan kuali kecil dan melengkung.
  5. Pastikan kuih masak sepenuhnya sebelum diterbalikkan.
  6. Untuk dapatkan warna coklat gelap dan cantik, gunakan gula merah, gula tebu, gula apong dan gula melaka. Masak gula supaya cepat larut. Sejukkan dahulu sebelum dikisar bersama tepung.
  7. Jika gunakan gula perang, warnanya tidak cantik.
  8. Jika untuk hidangan pagi, bancuh pada malam sebelumnya. Adunan harus diperap 12 jam di dalam peti ais supaya kuihnya cantik bersarang.

Bahan :

1 cawan Air suam

3/4 cawan Gula merah

1/4 cawan Gula pasir

1 sudu teh Garam

1 cawan Tepung gandum

1 cawan Tepung beras

Cara :

  1. Satukan air suam, gula merah, gula pasir dan garam. Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk.
  2. Masukkan ke dalam pengisar dan letakkan bersama tepung gandum dan tepung beras. Kisar.
  3. Perap dalam peti sejuk semalaman.
  4. Keluarkan dan biarkan selama 30 minit sebelum menggoreng.
  5. Masukkan dua senduk minyak masak dalam kuali kecil. Biarkan panas.
  6. Tuang satu senduk adunan di tengah kuali. Biarkan masak daripada tepi ke tengah sebelum diterbalikkan.
  7. Biarkan sebentar dan angkat, toskan di atas redai.
  8. Susun di atas tisu serap minyak.
  9. Adunan ini boleh menghasilkan 14 biji cucur.
Selepas kisar, tutup bekas dan masukan ke dalam peti sejuk semalaman.
Adunan yang dikeluarkan daripada peti sejuk.

Sumber : Yatt Norhayati Wahab


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This