Rahsia jaga mood ibu. Nampak remeh tapi besar impaknya!

0
66

Untuk menilai hebatnya keibubapaan atau parenting sesebuah keluarga, bukan dilihat pada tingkah laku anak-anak, sebaliknya lihat pada kelakuan ibu bapa.

Jelas Dr Anayasmin Azmi, walaupun menjaga mood ibu dilihat sebagai isu remeh, namun ia memberi impak besar dalam keharmonian sesebuah keluarga. Malah pakar pediatrik itu turut menyarankan agar si ibu tidur awal agar dapat memulihkan tenaga sebelum memulakan hari esok. Dalam erti kata lain, dapatkan waktu rehat yang berkualiti.

“Rahsia jaga mood si ibu..

“Benda ni nampak remeh, tapi impak besar tau!

“Majoritinya, Kalau mood ibu baik, InshaAllah mood keluarga tu tenteram.. Jadi ibu memang penat.

“Setiap kita ada cabaran dan ujian sendiri, kalau nak jaga mood si ibu. Galakkan si ibu tidur awal agar berkualiti.

“Pernah tak rasa bangun tidur tetap penat? Itu sebab kualiti tidur tak bagus. Tahu tak, nak dapat tidur yang bagus adalah 90 minit sebelum midnight. Maksudnya dalam 1030pm macam tu.

“Patutla dalam Islam ada keutaman tidur selepas isyak. Sebab waktu tu badan kita dah mula rasa mengantuk. Bila kita tidur waktu tu, badan kita mengalami ‘restoration’.

“Dimana tenaga dipulihkan, maklumat yang kita dapat seharian disusun dalam minda dan level hormon adrenaline kita menurun maka stress pun berkurang. Jadi bila kita bangun, rasa segar so takdelah kita jadi ‘mak kau hijau’ bila anak buat salah sikit.

“Kalau ada kerja tertunda, bangunlah awal. Waktu ni lebih berkualiti.

“Ini cadangan sahaja. Cuba-cuba susun waktu tidur kita. Ingat, nak tengok parenting seseorang bukan pada bagusnya behaviour anak, tapi pada behaviour ibu ayah!

“Boleh lah SHARE.. mana tau para suami dapat bantu agar isteri dapat tidur berkualiti.. #drana#harioncalltaklehtidurawal.”

Sumber : Anayasmin Azmi