WHO tolak teori Covid-19 berasal dari makmal China, percaya haiwan punca

Dari Penulis

BEIJING – Sepasukan saintis antarabangsa diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mendedahkan coronavirus atau Covid-19 kebarangkalian besarnya berasal dari haiwan sebelum tersebar kepada manusia.

Ini sekali gus menafikan teori Covid-19 berpunca daripada kebocoran sebuah makmal di Wuhan, China.

Kumpulan saintis itu kini sudah empat minggu berada di Wuhan, lokasi penyakit tersebut dikenalpasti dalam usaha mereka mencari petunjuk kepada asal pandemik Covid-19.

Siasatan itu berjalan selepas rundingan selama beberapa bulan antara WHO dan China tentang penyelarasan siasatan berkenaan.

Kelewatan itu bagaimanapun menimbulkan persoalan mengenai tahap kebolehpercayaan keputusan siasatan saintis.

Penyiasat melawat hospital, makmal, pasar termasuk Pasar Makanan Laut Huanan, Institut Virologi Wuhan dan makmal Pusat Pengawalan Penyakit Wuhan.

Lawatan penuh rahsia itu dijangka menyaksikan penyelidik bercakap dengan pesakit terawal Covid-19. Pasukan itu turut menjalani kuarantin selama dua minggu sebelum memasuki lokasi kajian.

Pengerusi pasukan siasatan itu, Dr Peter Ben Embarek berkata, kebarangkalian besar Covid-19 menjangkiti manusia adalah melalui spesies perantara.

“Hipotesis itu memerlukan lebih banyak kajian dan penyelidikan khusus serta bersasar,” katanya yang dipetik portal CNBC.

Mink dilapor turut menjadi pembawa Covid-19.

Ben Embarek berkata, siasatan awal mendapati tiada bukti penularan Covid-19 secara meluas di Wuhan atau tempat lain sebelum Disember 2019.

Namun katanya, penyelidik menemui bukti penularan meluas Covid-19 di Pasar Makanan Laut Huanan pada bulan itu.

Ujarnya, masih belum boleh menentukan haiwan sebagai hos kepada Covid-19 dengan menyifatkan penemuan itu selepas hampir sebulan mesyuarat dan lawatan tapak sebagai ‘kerja yang sedang berjalan’.

“Dari segi kefahaman apa yang berlaku pada awal Disember 2019, adakah kita secara dramatik gambar yang diperolehi sebelum ini?Saya tidak fikir begitu.

“Adakah kefahaman kita meningkat? Adakah kita menambah butiran kepada cerita itu? Sudah tentu,” kata Ben Embarek.

Teori penularan Covid-19 dari Institut Virologi Wuhan bagaimanapun dinafikan penyiasat WHO. Hipotesis itu dibuat bekas pentadbiran Presiden Donald Trump tanpa mengemukakan bukti dan dinafikan China.

“Hipotesis insiden makmal agak mustahil untuk menerangkan pengenalan virus itu kepada populasi manusia. Oleh itu, ia tidak akan menjadi hipotesis yang kami cadangkan untuk kajian berikutnya,” kata Ben Embarek.

Sementara itu, Ketua Panel Pakar Covid di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Liang Wannian berkata, siasatan berikutnya tentang asal virus itu perlu mengumpulkan tentang bagaimana Covid merebak dalam kalangan haiwan sebelum menjangkiti manusia.

Katanya, kelawar dan tenggiling berpotensi menyebarkan virus itu namun sampel dari spesies itu didapati tidak sama dengan coronavirus.

“Kemungkinan besar mink dan kucing kepada virus itu menunjukkan mungkin haiwan lain boleh menjadi pembawa namun kajian itu kekal tidak konklusif,” kata Wannian.

Asal usul kepada coronavirus kekal penting kerana virus itu terus berevolusi ketika strain mudah berjangkit dikesan di United Kingdom dan Afrika Selatan.

Lebih 106 juta penduduk dunia dijangkiti coronavirus mengakibatkan kematian kira-kira 2.32 juta orang, lapor data dikumpul Universiti John Hopkins.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This