Jo Byeong Gyu dituduh terkait kes buli lagi, pihak agensi minta polis siasat

Dari Penulis

BINTANG drama The Uncanny Counter, Jo Byeong Gyu menafikan dirinya pernah terbabit dengan jenayah buli seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi syarikat pengurusannya, HB Entertaiment memaklumkan jika pihak mereka akan menyiasat dan bakal mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang sengaja membuat kenyataan fitnah terhadap Jo Byeong Gyu. Kami juga secara rasminya sudah meminta pihak polis untuk membuat siasatan berhubung isu berkenaan.

“Kami tidak akan membiarkan tuduhan tidak berasas terhadap pelakon kami dan akan mengambil tindakan undang-undang setelah pihak polis selesai melakukan siasatan.

“Kami akan lakukan yang terbaik untuk melindungi hak artis naungan kami daripada terus menjadi mangsa fitnah yang boleh menjatuhkan reputasi mereka,” katanya.

Selasa lalu, telah tular satu hantaran mengenai kejadian buli beramai-ramai yang berlaku di sebuah sekolah di Westlake High School, New Zealand, 10 tahun lalu.

Ini bukanlah kali pertama pelakon berusia 24 tahun terkait dengan tuduhan kes buli. Pada 2018, seorang individu yang mengaku rakan sekelasnya mendakwa dia seringkali berkelakuan kasar dan mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap rakan sekelasnya yang lain.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This