Tolong benarkan rakaman luar, 50,000 penggiat seni tiada kerja – PFM

Dari Penulis

PERSATUAN Penerbit Filem Malaysia (PFM) merayu agar kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran atau rakaman luar studio dengan kadar segera, selain kebenaran untuk pawagam beroperasi semula.

Presiden PFM Pansha berkata penggambaran luar studio meibatkan kelangsungan hidup syarikat penerbitan filem dan televisyen yang mengalami kerugian besar untuk menyiapkan produksi tertangguh selain perlu menanggung kos bulanan operasi semakin meningkat.

“Lebih 50,000 penggiat seni tiada pekerjaan dan tidak dapat bayaran oleh kerana kebanyakan penggambaran produksi tempatan melibatkan lokasi di luar studio yang tertangguh atau tidak dapat disempurnakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi pawagam, katanya PFM merayu agar pawagam juga dibenarkan untuk beroperasi semula dengan 50 peratus kapasiti tempat duduk bagi setiap dewan merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) diluluskan sebelum ini.

BERITA BERKAITAN: Michael Ang selar dakwaan produksinya langgar SOP – “Pergi bersihkan jiwa dan cari rezeki yang halal…Pakailah otak!”

“Lebih 50 filem tempatan tidak dapat ditayangkan di pawagam semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penerbit filem mengalami kerugian besar dalam pelaburan tanpa bantuan daripada kerajaan.

“Sebagai persatuan yang mewakili syarikat produksi filem dan televisyen tempatan, kami merayu agar pertimbangan sewajarnya dapat diberi seperti industri lain yang telah mendapat kebenaran untuk melaksanakan aktiviti perniagaan bersesuaian dan perlu mematuhi SOP seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sementara itu, Pansha berkata PFM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi kebenaran untuk melaksanakan aktiviti penggambaran dalam studio sewaktu pelaksanaan PKP 2.0.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘dikawal istana’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti itu serta-merta. Dakwa beliau, alasan utama...

More Articles Like This