Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Baik akhlak, baiklah pantulannya kepada si kecil. Proses pembelajaran mereka bermula sejak lahir dengan melihat tingkah laku dan gerak- geri figura bergelar ibu bapa.
Apa yang dipelajari daripada rumah lebih mudah diaplikasikan dalam kehidupan anak-anak kerana itulah rutin yang dilihat dan didengar setiap hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ProParenting Resources, Dr Taufiq Razif, anak-anak adalah peniru paling cekap dan handal. Dan atas sebab itu, ibu bapa harus lebih selektif dan berhati-hati agar tidak lepas laku.
Jelasnya, adalah lebih mudah andai anak-anak dididik dengan dihidangkan dengan zikir harian dan bacaan Al-Quran setiap masa.

“Kebanyakan anak kita adalah ‘auditory learner’ iaitu mereka belajar melalui :
– suara kita
– percakapan kita
– sembang kita
– pertanyaan kita
– zikir harian kita
Itulah kenapa cara paling mudah untuk didik anak kita adalah dengan kita selalu perdengarkan pada anak kita :
– zikir harian kita
– doa harian kita
– bacaan Al Quran kita
Tanpa sedar suatu hari nanti tiba tiba anak kita jadi pandai & hafal semua yang kita selalu perdengarkan pada anak kita kerana mereka sebenarnya belajar melalui kita
– solat anak kita
– bacaan mengaji anak kita
– akhlak anak kita
– adab anak kita
– kesolehan anak kita
Ini semua boleh dididik jika kita selalu perdengarkan zikir, doa dan bacaan Al Quran di telinga dan di depan mereka. Anak anak kita adalah peniru paling cekap dan handal. Children are great imitators, so give them something great to imitate.”
Sumber : Taufiq Razif

