Ibu, biar sesibuk mana pun kehidupan, kucar kacirnya rutin dalam menguruskan anak-anak, namun jangan sesekali abaikan keperluan dan emosi diri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ProParenting Resources, Dr Taufiq Razif, bagi memenuhi gelas emosi, ibu harus kenal siapa dirinya, introvert atau extrovert. Hal ini kerana keperluan setiap individu berbeza bagi memenuhi tuntutan yang berbeza.
Jelasnya lagi, waktu ‘me time’ ada kalanya perlu dilakukan secara bersendirian dan ada kalanya seorang ibu perlukan teman bagi mengecas ‘bateri emosi’.
Ikuti perkongsiannya.
Sebagai ibu, kita kena kenal diri kita
– Extrovert ke
– Introvert ke
Ibu Extrovert ni biasanya suka :
– berkawan
– suka beramah mesra
– suka bertegur sapa
– suka berziarah ke sini sana
Kenapa?
– kerana Ibu yang Extrovert ni dapat energy & semangat bila bersilaturrahim dan bercampur dengan orang lain
Ibu Introvert pula biasanya suka :
– menyendiri
– dilihat sebagai suka berahsia
– agak pendiam
– kadang dilihat agak serius
– suka bersembang dengan satu orang sahaja pada satu masa
– suka percakapan yang ‘deep’ dan bermakna sahaja
Kenapa?
– Kerana ibu yang introvert ni dapat energy & semangat bila mereka bersendirian

Kadang walaupun kita Introvert, ada juga sisi Extrovert kita. Kadang walaupun kita Extrovert, ada juga sisi Introvert kita.
“Bila kenal diri, mudah kita nak cas balik ‘bateri emosi’ kita yang sudah habis dan kosong. Ada masa kita kena ambil Me Time dengan bersendirian. Ada masa kita kena ambil Me Time dengan mencari kawan.
“Know yourself. Take care of yourself. Fill your cup first. You can’t pour from an empty cup.”
Sumber : Taufiq Razif

