Tahniah! Sharifah Sakinah dan kekasih Sweden sudah bertunang

Dari Penulis

HUBUNGAN pelakon Sharifah Sakinah,32, dengan jejaka berasal dari Sweden, Michael Hansen,42, kini sudah berada dalam fasa serius apabila mereka telah mengikat tali pertunangan.

Pun begitu, pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri ini tidak pula memperincikan mengenai butiran tarikh mereka bertunang sebelum ini.

“Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir sembilan bulan. Sejujurnya, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya.

Sementara itu, majlis pernikahan mereka pula akan diadakan secara ringkas memandangkan ia merupakan perkahwinan kedua bagi mereka.

“Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis tersebut. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.

“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, Insya-Allah,” ujarnya.

Difahamkan, pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada Mei depan bersempena dengan tarikh lahir mereka berdua.

Sakinah memiliki seorang anak perempuan, Anais Adha,4, menerusi perkahwinan pertama dengan seorang juruterbang, Aliff Adha.

Hubungan rumah tangga yang dibina bersama pada 28 Mac 2015 itu musnah pada Mei tahun lalu apabila mereka sah bercerai.

Manakala Michael, menerusi perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata.

SUMBER: Media Hiburan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This