YB Rara tamatkan zaman janda, kini sah milik Edrin

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman melangsungkan perkahwinannya hari ini dengan jejaka bernama Muhammad Edrin Nordin.

Pemimpin DAP itu yang sering menjadi perhatian ramai kerana berpewatakan menarik berkongsi detik akad nikah perkahwinan keduanya di laman Instagram beliau hari ini.

Menerusi rakaman video hampir 30 minit, Penolong Setiausaha Wanita DAP itu hanya menulis kapsyen Majlis Pernikahan Edrin & Young Syefura.

Majlis akad nikah itu berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini dilakukan dalam acara mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan jumlah jemputan yang terhad.

Dengan sekali lafaz, Edrin, 35, selamat diijab kabul dengan Young Syefura, 32, manakala emas kahwin merupakan sebentuk cincin berlian.

Wakil rakyat itu yang lebih dikenali sebagai YB Rara dikhabarkan melangsungkan pertunangan pada Februari lalu.

Majlis akad nikah YB Rara bersama Edrin yang tular di media sosial hari ini.

Rara sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Masyur, seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016 namun pasangan tersebut bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.

Sementara itu, ruangan komen di akaun Instagram Rara dihujani dengan ucapan tahniah.

Malah, tak kurang juga memuji Rara yang dilihat cantik dalam pakaian serba putih pada majlis akadnya itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘dikawal istana’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti itu serta-merta. Dakwa beliau, alasan utama...

More Articles Like This