Tepung pelita. Sedapnya rasa lemak manis pandan. 30 minit dah siap

Dari Penulis

Kuih tepung pelita memang sangat popular di bulan Ramadan, dijadikan hidangan wajib setiap kali waktu berbuka puasa.

Resipi perkongsian Che Azawimie Che Zahari ini terasa lemak manis dan rasa ‘pior’ pandan.

Tepung pelita dimasak di atas api dan dikacau sehingga likat. Bahan asasnya menggunakan tepung berasa dan ditabur gula. Manakala acuannya adalah daripada daun pisang.

Tepung tako pula menggunakan tepung jagung dan dicampur hirisan sengkuang cina dan acuannya pula daripada daun pandan.

Bahan lapisan hijau :

1 cawan Gula halus

1 cawan Tepung beras (pakai cap bunga teratai)

4 cawan Air pandan (10 helai daun pandan dikisar dan ditapis)

Sedikit pewarna hijau

Cara :

1. Campurkan semua bahan dan tapis.

2. Kacau di atas api sehingga likat.

3. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang ditabur gula. Ketepikan dan biarkan sejuk.

Bahan lapisan kepala santan :

5 sudu besar Tepung beras

250 ml Santan pekat

3 cawan Air

1 sudu kecil Garam

2 sudu kecil Gula halus

Cara :

1. Sama seperti lapisan hijau. Apabila adunan sudah pekat dan berbuih besar meletup, boleh tuang ke atas lapisan hijau.

2. Tuang panas-panas dan siap.

Tip :

1. Kacau berterusan. Jangan berhenti, nanti adunan berketul. Dalam 10 hingga 15 minit, adunan akan pekat.

2. Jumlah masa untuk sediakan kuih tepung pelita lebih kurang 30 minit sahaja. Jom belajar buat sendiri, puas hati makan.

Sumber : Che Azawimie Che Zahari


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This