PELAKON Zarina Anjoulie mengesahkan dirinya kini kembali bergelar janda selepas bercerai kali kedua dengan suaminya, Eilyas Azhar.
Zarina menerusi satu hantaran di akaun Instagram memaklumkan berita tersebut sebentar tadi.
“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai… Ya betul kami dah cerai…Terima kasih,” tulisnya.

Sebelum ini, Zarina dan Yas pernah bercerai pada Februari lalu namun kembali rujuk semula sebulan kemudian.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu di Pejabat Agama islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Zarina juga pernah bernikah dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 namun bercdrai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

