Pelbagai versi biskut coklat chip ala famous amos yang dikongsikan, buat tambahan koleksi, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan Mastura Razali di laman Facebook miliknya.
Bahan A : gaul sebati semua bahan
250 gm Butter (boleh gunakan marjerin pelangi)
1¼ cawan Gula perang
1 sudu kecil Esen vanila
1 biji Telur

Bahan B :
2 ½ cawan Tepung gandum
1/2 cawan Tepung jagung
1 sudu kecil Baking powder
1 sudu kecil Soda bkarbonat
6 sudu besar Minyak

Cara :
1. Satukan semua bahan A, kemudian masukkan bahan B.
2. Boleh tambahkan coklat chip, badan dan kekacang jika mahu. Adun rata dan perap di dalam peti ais selama 30 minit agar biskut lebih rangup.


3. Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah dan bakar adunan selama 20 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
4. Tak perlu sapukan loyang dengan minyak.
5. Sudukan adunan kecil-kecil kerana ia akan mengembang sewaktu dibakar.





Sumber : Mastura Razali

