Serang khatib di Masjidilharam, suspek dakwa dia Imam Mahdi

Dari Penulis

LELAKI yang ditahan kerana cuba melakukan serangan di Masjidilharam, Mekah Jumaat lalu mendakwa dirinya adalah Imam Mahdi.

Kejadian menggemparkan itu berlaku ketika Sheikh Bandar Baleela sedang menyampaikan khutbah.

Menurut laporan media tempatan, suspek berusia 40-an merupakan warga Arab Saudi.

Dia kini dalam tahanan polis tempatan untuk siasatan lanjut.

Kejadian kelmarin mengejutkan ramai apabila seorang lelaki berpakaian ihram tiba-tiba berlari cuba menaiki mimbar menyerang Sheikh Bandar yang sedang menyampaikan khutbah.

Cubaan lelaki itu yang dapat disaksikan dalam siaran secara langsung televisyen tempatan itu bagaimanapun berjaya digagalkan pihak keselamatan yang mengawal mimbar.

Ketangkasan seorang pegawai keselamatan yang paling awal bertindak menghalang lelaki itu kemudian mendapat pujian ramai warga Arab Saudi.

Salah seorang pegawai keselamatan yang bertugas mengawal mimbar pada hari kejadian, Mohammed Al Zahrani berjaya halang lelaki daripada serang khatib Masjidilharam./ Sumber Arab News

Pegawai berkenaan, Mohammed Al Zahrani kini dijulang sebagai wira dalam kalangan pengguna media sosial Arab Saudi.

Selepas suspek ditahan, Sheikh Bandar Baleela yang juga penolong profesor di Universiti Taif kemudian menyambung khutbah beliau.

Baca artikel berkaitan: Kecoh gadis mengaku kenal Imam Mahdi, abang tampil jernihkan keadaan

Menurut Arab News, lelaki itu turut membawa bersamanya sebatang tongkat.

Tindakan lelaki berihram menyerang pendakwah solat Jumaat di Masjidil Haram kemudian menjadi viral di media sosial dan banyak dibincangkan oleh netizen.

Pada bulan Mac lalu, seorang jemaah juga ditahan kerana dilihat membawa sebilah pisau sambil melaungkan slogan pengganas.

Jumlah jemaah umrah kini dihadkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berikutan penularan wabak COVID-19.

Untuk ibadat haji tidak lama lagi, jemaah dari luar negara dibenarkan tetapi dengan syarat protokol kesihatan yang ketat bagi mengekang wabak berkenaan.

Arab Saudi semalam melaporkan 1,142 penularan kes baharu termasuk 13 kematian akibat virus itu.

Pada tahun lalu, tiada jemaah dari luar negara dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu melainkan ekspatriat yang bertugas di negara tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This