Vaksin : Wakil syarikat cuba tipu Kerajaan P.Pinang – Polis

Dari Penulis

SIASATAN awal polis mendapati mendapati penulis surat yang menawarkan 2 juta dos vaksin jenis Sinovac kepada Kerajaan Pulau Pinang wakil kepada syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang dilantik secara lisan, bukannya pengarah urusan syarikat itu sepertimana yang dinyatakan dalam surat berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, modus operandi kes ini adalah individu yang merupakan wakil syarikat itu dipercayai cuba untuk menipu kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menawarkan dos vaksin tersebut yang dipercayai tidak wujud.’

”Penulis surat itu juga mengesahkan bahawa tandatangan pada surat yang dihantar ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang adalah miliknya dan polis akan menghubungi syarikat yang terlibat untuk mengesahkan status pendaftaran syarikat berkenaan dan peranan penulis surat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis juga akan merekodkan keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung individu kononnya menawarkan sumbangan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac untuk negeri itu.

Setakat ini kata beliau, pihaknya menerima enam laporan polis daripada beberapa individu mewakili parti politik termasuk daripada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Pada 19 Mei lepas, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang telah menerima laporan polis berhubung kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang menyatakan tentang sumbangan vaksin kepada Ketua Menteri Pulau Pinang adalah satu penipuan.

“Ekoran daripada laporan polis tersebut satu siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di bawah Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata siasatan masih di peringkat awal dan beberapa tindakan perlu diambil antaranya merakam percakapan saksi-saksi daripada pihak syarikat yang berkaitan, pejabat Program Imunisasi Covid- 19 Kebangsaan dan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum menghantarnya ke pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang untuk nasihat dan pandangan setelah semua tindakan siasatan selesai diambil,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amaran hujan lebat, banjir di Thailand: Rakyat Malaysia disaran berwaspada

RAKYAT Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan amaran risiko hujan lebat...

More Articles Like This