Ibu Neelofa lapor polis, mohon maaf kepada Sultan Johor

Dari Penulis

IBU kepada selebriti Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed membuat laporan polis terhadap seorang kakitangan yang didakwa menyalahguna akaun Instagram (IG) miliknya.

Hantaran di InstaStory yang tular itu menyentuh tentang ketidakpuasan hati terhadap sistem Raja Berpelembagaan yang didakwa dimuat naik secara tidak sengaja oleh pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn. Bhd.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja yang mempunyai akses Instagram saya.

“Dia yang merupakan pengurus media sosial secara tidak sengaja telah memuat naik InstaStory tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Kartini turut menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” ujarnya.

Tangkap layar yang turut mendapat perhatian salah seorang anakanda baginda Sultan Johor iaitu Tunku Idris

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This