Joe Flizzow, SonaOne & Yonnyboii bakal tampil dalam konsert maya Asia Tenggara

Dari Penulis

JENAMA terkenal dunia Coach bakal mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara.

Konsert tersebut bakal berlangsung pada hari Khamis, 24 Jun, pukul 9:00 malam (GMT+8 Malaysia & Singapura) dan pada pukul 8:00 malam (GMT+7 Thailand & Indonesia) yang akan berlangsung secara serentak di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Pengalaman konsert maya Coach x Def Jam SEA adalah bertujuan untuk merapatkan masyarakat dengan pendekatan moden namun berunsur nostalgia terhadap muzik yang diinspirasikan daripada era 80-an, sealiran dengan komitmennya dalam memperkenalkan artis baharu dan pada masa akan datang.

Menampilkan tiga belas artis daripada empat negara dari serata Asia Tenggara, acara maya secara langsung tersebut bakal dihangatkan dengan penampilan oleh penyanyi rap terkenal Malaysia, Joe Flizzow, artis hip-hop Inggeris-Tamil, Yung Raja, penyanyi rap Amerika-Thai, DABOYWAY dan penyanyi rap dari Indonesia, Rayi Putra.

Barisan artis itu juga melibatkan penulis serta penyanyi rap yang pernah merangkul pelbagai anugerah seperti SonaOne yang merupakan penerbit dan penulis, penyanyi rap sedang meningkat naik, Yonnyboii, dan penyanyi rap wanita, SYA.

Kesemua artis yang terbabit bakal memperagakan koleksi Musim Luruh 2021 Coach ketika konsert tersebut berlangsung.

Diilhamkan oleh Pengarah Kreatif Coach iaitu Stuart Vevers dengan visi free-spirited Coach, koleksi Musim Luruh ini menggabungkan hasil seni berzaman jenama tersebut dengan pakaian sukan Amerika, memperkenalkan gabungan klasik-moden dengan pakaian sukan ala vintaj yang sangat menarik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This