[V] Insomniacks ‘naik angin’, Yonnyboii lepas geram dalam Bersuara!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

JIKA selama ini Insomniacks sinonim dengan balada menyentuh hati, kali ini mereka datang dengan ‘tenaga’ yang jauh lebih berani dan agresif!

Kumpulan popular itu kembali menggegarkan industri dengan single terbaharu berjudul Bersuara, hasil kolaborasi bersama penyanyi dan rapper sensasi, Yonnyboii.

Bukan sekadar lagu baharu, Bersuara menjadi simbol fasa baharu buat kedua-dua artis ini.

Lebih ‘heavy’, lebih gritty dan lebih lantang, itulah warna yang cuba dibawa Insomniacks kali ini.

Menurut mereka, lagu ini lahir daripada rasa tidak didengar dan emosi yang lama terpendam.

“Lagu ini tentang berdiri untuk diri sendiri, terutama bila berdepan dengan penindasan atau buli. Ia tentang tahu nilai diri dan berani bersuara,” kata Insomniacks.

Jelas sekali, Bersuara bukan sekadar karya muzik, tetapi satu mesej tegas buat mereka yang pernah rasa dipinggirkan.

Menariknya, kolaborasi bersama Yonnyboii bukan sekadar pelengkap. Malah, Insomniacks menyifatkan penyanyi itu sebagai ‘jiwa’ kepada lagu berkenaan.

“Yonny tulis hook dan bawa energi yang mentah dan berani. Dia tambah ‘grittiness’ yang buat lagu ni jadi lebih hidup,” kongsi mereka.

Bagi Yonnyboii sendiri, lagu ini sangat peribadi.

“Lagu ni terhasil bila saya rasa tak didengari oleh sekelompok orang.

“Jadi saya buat lagu ni sebagai satu keyakinan untuk bersuara tentang kesusahan yang saya lalui,” katanya jujur.

Apa yang lebih mengejutkan, Yonnyboii tampil dengan sisi vokal yang lebih rock dan alternatif, jauh berbeza daripada imej rap yang sinonim dengan dirinya.

“Saya sebenarnya lebih lama menjiwai muzik alternatif berbanding rap. Bila masuk genre rock ni, saya rasa lebih selesa.

“Ini ‘fresh start’ untuk saya kongsi sisi lain diri saya,” ujarnya.

Selain eksperimen bunyi yang lebih keras, mesej anti-buli yang dibawa turut menjadi tunjang utama Bersuara.

Insomniacks dan Yonnyboii berharap lagu ini mampu menjadi ruang selamat buat pendengar untuk meluahkan emosi.

“Kami harap pendengar lebih berani ekspresikan perasaan dan lepaskan tekanan. Dan paling penting, stop bullying,” tegas mereka.

Proses kolaborasi mereka juga disifatkan sebagai cukup santai dan bebas tekanan.

“Kerja dengan mereka sangat fun, tak stress langsung. Harap boleh bekerjasa­ma lagi,” tambah Yonnyboii.

Bersuara kini boleh distrim di semua platform digital.

Nampaknya, Insomniacks bukan lagi sekadar band balada, mereka kini tampil lebih lantang, lebih berani dan benar-benar… bersuara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This