Sebab Fauzi, ramai penonton panas hati dengan Haeriyanto!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MEMEGANG watak sebagai seorang suami yang dayus, kaki pukul dan penagih dadah dalam drama Derita Untuk Bahagia, pelakon Haeriyanto Hassan berjaya membuatkan penonton geram dan meluat.

Ironinya, dedah Haeriyanto, bukan mudah untuk dia melakonkan watak Fauzi yang menuntut dirinya melakukan adegan memukul isteri seperti mana yang digambarkan oleh pengarah.

“Awalnya watak ini tidak berapa jelas tetapi nampak dari dialog yang Fauzi adalah seorang dayus dan ‘loser’. Saya kaji watak ini selepas membaca keseluruhan skrip.

“Dalam skrip watak Fauzi tidak digambarkan sebagai penagih dadah, kaki judi dan kaki pukul tetapi saya yang menjadikannya begitu.

“Saya cipta dan bayangkan sendiri selepas berbincang dengan pengarah. Sebenarnya saya tidak suka babak pukul isteri sebab saya lelaki, tangan kasar, kadang-kadang kalau terkena, sakit juga.

“Kalau penonton perasan setiap kali adegan pukul isteri, tangan saya nampak lembut. Saya sengaja lembutkan, takut terkena betul-betul dengan pelakon lain,” katanya kepada URTV.

Antara babak yang dilakonkan Haeriyanto

Bagaimanapun, menurut Haeriyanto dia seorang yang sukakan cabaran dan tertarik untuk mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan.

Justeru, dia menyifatkan watak Fauzi itu tidak membosankan meskipun dipandang negatif oleh penonton dan masyarakat.

“Sebenarnya saya suka juga watak Fauzi ini. Saya seorang yang kurang gemar bawa watak membosankan.

“Untuk Fauzi, saya boleh cipta wataknya menjadi seorang yang dayus dan hipokrit. Tapi, kalau saya jumpa Fauzi dan tahu mangsa dia ahli keluarga saya sendiri, memang pasti kena sepak terajang dengan saya,” selorohnya.

Dari sisi lain, Haerieyanto mengakui perwatakan sebenarnya di dunia realiti jauh berbeza dengan watak Fauzi yang dilakonkan di kaca televisyen.

“Saya suka berkebun, membaca, duduk di rumah bersama keluarga dan memasak.

“Selain itu, saya juga seorang yang tak banyak bercakap bila tidak masuk set penggambaran,” jelasnya.

Derita Untuk Bahagia kini sedang ditayangkan di Astro Prima menerusi slot Tiara.

Selain Haeriyanto, drama 30 episod arahan Ejump Mohd serta terbitan MIG Productions Sdn. Bhd. itu juga turut dibintangi Azar Azmi, Amar Baharin dan Hafreez Adam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This