Teman baik ‘pecah tembelang’ Rossa selalu keluar duit untuk Afgan

Dari Penulis

HUBUNGAN rapat yang terjalin antara penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa dan Afgan bukan lagi rahsia terutama dalam kalangan teman baiknya.

Salah seorang rakan rapat Rossa iaitu pelakon dan pereka fesyen, Ivan Gunawan mendedahkan jika Afgan tidak pernah mengeluarkan wang belanja ketika mereka bercuti bersama.

“Tahu tak apa yang seronok kalau bercuti dengan Rossa, saya kalau dengannya tak pernah keluarkan duit…Afqan pun tak pernah keluar duit,” dedah Ivan dalam satu rakaman podcast bersama Rossa baru-baru ini.

Rakaman podcast bersama Pak Gun dan Rossa

Mendengarkan kata-kata Ivan itu, Rossa lantas menyangkal semua kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabat baiknya.

“Sedap saja! Itu fitnah ya…sekali-sekala saja,” jawabnya.

Namun bagaimanapun, Ivan tidak berdiam diri dan menegaskan dia tidak berbohong.

Menurut Ivan lagi, dia sendiri melihat Rossa selalu mengeluarkan duit dan membayar barangan yang dibeli Afgan ketika bercuti bersama.

“Tak tipu. Beberapa kali bercuti dengan mereka, Afgan tak pernah keluarkan dompetnya,” ujar Ivan lagi.

Jelas Rossa, dia hanya meminjam kan dulu wangnya dan akan dibayar semula oleh Agan.

Sumber: Liputan6


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This