Hafeez Mikail sibuk urus bisnes, lakonan kini jadi hobi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KELIBAT pelakon Hafeez Mikail sejak kebelakangan ini agak jarang dapat dilihat di kaca televisyen. Bukan tidak memiliki bakat, tetapi dia kini akui tidak meletakkan kerjaya lakonan sebagai keutamaan seperti sebelum ini.

Menurut Hafeez atau Muhd. Hafiz Muhd. Zaki,29, ketika ini dia menjadikan karier sebagai perunding kewangan dan perniagaan kedai makan yang diusahakan sebagai prioriti.

“Walaupun saya kurang berlakon, namun itu tak bererti saya akan berhenti terus dari dunia seni. Saya mula berlakon sejak usia 16 tahun, mustahil untuk saya melupakan terus kerjaya ini.

“Ada saja tawaran lakonan yang ditawarkan kepada saya, cuma tidak diuar-uarkan kepada pengetahuan semua orang. Boleh dikatakan, setiap bulan saya berada di set penggambaran.

“Tapi disebabkan, saya sibuk dengan dua bisnes, jadi ada masanya saya terpaksa tolak tawaran tersebut. Kalau ada yang saya terima pun, mungkin bukan watak utama,” katanya kepada URTV.

Hafeez ditemui ketika sidang media drama Hatimu Sedingin Salju yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hafeez turut bersetuju jika kemunculan ramai muka baharu dalam industri kreatif sedikit sebanyak memberi kesan terhadap popularitinya.

Ditambah pula dengan jumlah pengikut yang ramai di media sosial, Hafeez tidak menafikan jika pelakon baharu hari ini lebih ramai penyokong sekali gus menjadi penanda aras untuk mereka dapat bertahan lama di liga seni.

“Dahulu boleh dikatakan dunia lakonan adalah punca rezeki saya. Namun sekarang ini ramai pelakon baharu yang muncul dan memiliki ramai pengikut.

“Sebab itu, saya memang tahu satu hari nanti saya akan ‘tenggelam’ dan tidak lagi laku. Tidak mengapa jika saya kurang dikenali dan tak popular.

“Sebab itu saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memilih watak dan memperlahankan rentak dalam dunia seni. Walaupun sejujurnya, pekerjaan tetap saya ketika ini mampu memberi pendapatan lumayan dan pasif untuk saya,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This