Nyaris dibedah, Yatt Hamzah selamat bersalin anak lelaki selepas tiga hari di wad

Dari Penulis

PELAKON Yatt Hamzah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat melahirkan anak keenam pada hari Sabtu, pukul 11.16 malam.

Menurut Yatt, bayi lelaki sulungnya itu pada awalnya dijadualkan bersalin secara kaedah pembedahan namun bersyukur pada saat akhir dia dapat bersalin secara normal.

“Pukul 11 malam, hampir-hampir masuk ke bilik pembedahan untuk dibedah, dengan kuasa Yang Maha Besar, pada saat-saat akhir dapat juga melahirkan secara normal setelah hampir tiga hari di wad.

“Pengalaman yang luar biasa, hebat nya kuasa doa. Allahuakbar!,” tulisnya menerusi entri di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Yatt atau nama sebenarnya Hayati Hamzah,41, menzahirkan rasa kesyukuran kerana akhirnya dikurniakan rezeki untuk memiliki anak lelaki.

“Alhamdulillh, bonda telah selamat melahirkan anak keenam (satu di syurga).

“Inilah anak lelaki pertama bonda, satu-satunya anak lelaki. Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan pengikut bonda yang baik hati mendoakan keselamatan bayi dan bonda.

“Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini. Paling utama doa suami @zulfadhli_khiruddin.

“Doakan juga bayi terus sihat dan jadi anak yang soleh dan pejuang agama,” katanya.

Untuk rekod, Yatt mendirikan rumah tangga dengan Zulfadhli Khiruddin yang merupakan hasil perkahwinan keduanya pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Suci Humaira Iqima,5, Suci Hayfa Medina,3, dan Suci Hawa Zulaikha yang berusia setahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Yatt memiliki seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika yang berusia sembilan tahun.

Tahniah diucapkan kepada Yatt sekeluarga atas kelahiran bayi lelaki yang selama ini dinantikan!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This