Tempoh 24 jam sudah tamat, Siti Nordiana teruskan tindakan saman

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TEMPOH 24 jam yang diberikan kepada penyanyi Lan Solo, Syura dan tiga individu lain untuk membuat permohonan maaf gagal dipenuhi, Siti Nordiana terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap mereka.

Siti Nordiana atau Nana berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman kepada lima individu terbabit selewat-lewatnya pada 2 Ogos drpan.

“Memandangkan tiada permohonan maaf setelah tamatnya tempoh 24 jam tersebut, saya telah mengarahkan peguam untuk meneruskan dengan tindakan saman terhadap kelima-lima individu tersebut,” katanya.

Nana melantik firma guaman Tetuan Abang Azlan & Associates untuk mewakili kes terbabit.

“Saya terpaksa ambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej yang tercalar daripada kenyataan sedemikian, sama ada secara langsung atau sebaliknya akibat sesi siaran langsung Instagram itu,” katanya.

Terdahulu, URTV melaporkan Nana telah membuat laporan polis terhadap Lan, Syura, isteri Lan iaitu Sheila Hashim, jurusolek Aida G dan Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin kkerana megeluarkan kenyataan fitnah di media sosial.

Malah difahamkan, kelima-lima individu terbabit turut mendapatkan nasihat peguam sebaik sahaja notis tuntutan daripada Nana dihantar kepada mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This