JANGKITAN harian baharu COVID-19 kembali memperlihatkan penurunan selepas mencecah jumlah tertinggi semalam.
Sebanyak 22,262 kes baharu dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif telah pun mencecah 1.535 juta setakat ini.
Walau bagaimanapun, lapan negeri masih lagi mencatatkan empat angka kes baharu termasuk pusat penyebaran utama iaitu Selangor.
Selain Selangor, lapan negeri yang merekodkan kes empat angka iaitu Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Seperti hari-hari sebelumnya, Selangor menyaksikan peningkatan kes baharu apabila mencecah 7,011 penularan berbanding 6,974 semalam.
Kes baharu di Sabah juga tidak banyak berbeza apabila turun sedikit kepada 2,651 jangkitan hari ini.
Sarawak turut merekodkan jangkitan tinggi walaupun menurun iaitu mencecah 1,964 kes, sama seperti Kedah yang mencatatkan 1,880 penularan.
Berdasarkan statistik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam media sosialnya, daripada lapan negeri yang mencatatkan empat angka kes itu, hanya Johor merekodkan peningkatan kes kepada 1,558 jangkitan.
Baca artikel berkaitan: 23,564 kes baharu, kes kumulatif COVID-19 kini lebih 1.5 juta
Sementara itu, Pulau Pinang dan Kelantan juga sedikit menurun apabila masing-masing mencatatkan 1,459 dan 1,039 kes baharu.
Jangkitan baharu di Kuala Lumpur turut menurun kepada 1,220 hari ini.
Perak yang menyaksikan lonjakan kes melebihi 1,000 semalam kembali turun kepada 946 hari ini.
Namun begitu, dua negeri iaitu Melaka dan Pahang menyaksikan kes sedikit meningkat.
Melaka merekodkan 882 jangkitan manakala Pahang pula mencecah 664 kes baharu.
Terengganu pula mencatatkan 495 dan Negeri Sembilan terus menurun kepada 405 kes.
Putrajaya dan Perlis terus merekodkan dua angka kes iaitu sebanyak 41 dan 38 jangkitan.
Hanya Labuan mencatatkan satu angka iaitu sembilan kes baharu.
Berikut pecahan kes mengikut negeri:
Sehingga 21 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 22,262 kes (1,535,286 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 7,011 (552,131)
WPKL – 1,220 (163,522)
Johor – 1,558 (119,548)
Sabah – 2,651 (119,318)
Sarawak – 1,964 (96,528)
Negeri Sembilan – 405 (87,848)
Kedah – 1,880 (79,888)
Pulau Pinang – 1,459 (69,341)
Kelantan – 1,039 (64,553)
Perak – 946 (57,080)
Melaka – 882 (44,078)
Pahang – 664 (37,682)
Terengganu – 495 (27,626)
WP Labuan – 9 (9,769)
WP Putrajaya – 41 (5,081)
Perlis – 38 (1,293)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

