“Pastu kerok duit ASB untuk tukar kereta jadi Van Jenazah,” – Daripada 1, kini Khiriah ada 4 van jenazah. Nekad mahu terus bantu orang

Dari Penulis

Pelakon hebat, Noorkhiriah mengenang kembali detik permulaan menubuhkan Pertubuhan Amal by Khiriah yang disifatkan umpama mimpi. Malah, pengorbanan menukar kereta menjadi van jenazah menggunakan simpanan membuka mata orang ramai untuk turut sama berinfak dan hasilnya kini, pertubuhan amalnya punya empat buah van jenazah untuk diuruskan.

Jelasnya tidak pernah terbayang hasil usaha dia dan suami kini membuahkan hasil dan telah membantu ramai orang dalam pengurusan jenazah secara percuma.

“Assalamualaikum.. bila kenang balik rasa nak nangis dik mcm mimpi wat semua ni.. Dok borak2 dgn suami masa PKP1.. pastu kerok duit ASB tuk tukar keta jadi Van Jenazah..tup2 dah setahun lebih @pertubuhanamalnurbykhiriah..

“Allahuakbar..pastu suami kabo lagi,jangan risau kita jalan je..kompom ada rzki nanti..cmne nak bayor maintenance keta kalu rosak..minyak tol cmne lak..sb mmg suami akak wat @pertubuhanamalnurbykhiriah mmg PERCUMA..mandi,kafan.solat sampai hantar ke tanah perkuburan..x payah bayar waima seposen..

“Dari 1 Van Jenazah tup2 naik 2..tup2 4 terus..2 darinya adalah INFAK..Tkasih❤️..MasyaAllah..Baiknya Allah..Dipermudahkan dari mula sampai skrg..Di tambah lak ada yg tak putus2 menyumbang..

“Allahuakbar..dari 1 kes ke 1 kes..mcm2 jenis cara kematian..sampai akak tak bani nak buka gallery gambar suami akak..akak x sekuat suami akak..seyes dia mmg kuat dan berani..cmtu gak dgn team..Allah anta orang2 baik2 tuk bantu abg dan akak..Allah permudahkan ssgt korang..tkasih @ady_fairuz_ @pak_maoun @mrmirzaffar dan team2 sahabat lain yg membantu..

“Alhamdulilah..waris2 yg kami bantu selesai segalanya mengucapkan ribuan tkasih dan mendoakan..Doa korang tu yg akak perlukan sgt2..Doa Senjata Orang Mukmin maka Doakan @pertubuhanamalnurbykhiriah Dipermudahkan Allah..untuk membantu mereka yg memerlukan x kira tua muda miskin kaya..sampai ke tanah kubur kami hantar..kami akan bantu..itu janji @pertubuhanamalnurbykhiriah ..Sedaya upaya akan bantu..

“Terima Kasih Allah atas rezeki ini..Semoga Allah Pandang usaha kecik @pertubuhanamalnurbykhiriah & tkasih kalian yg menyumbang..Doakan Yerr..Semoga Allah Membalas Segala Kebaikan Kalian..Aamiin Yra.”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha murni yang dilakukan Khiriah.

Foto : Instagram Noorkhiriah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This