Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

Dari Penulis

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya? 

Walaupun sudah lebih sedekad mewarnai industri seni tanah air, auranya sentiasa memukau seolah-olah tidak dimamah usia.

Rahsia keanggunan malar segar isteri kepada pengacara popular Awal Ashaari itu nampaknya terjawab apabila dia secara rasmi diumumkan sebagai Duta Jenama Ultherapy PRIME yang pertama untuk pasaran Malaysia!

Pengumuman eksklusif itu dibuat pada majlis penuh glamor, Ultherapy PRIME Soirée, baru-baru ini sekali gus melancarkan kempen 2026 jenama tersebut yang bertemakan “See My Skin, Lift My Way”.

Bukan sekadar pengumuman duta, majlis anjuran syarikat perubatan estetik gergasi dunia, Merz Aesthetics itu turut mencuri tumpuan dengan pelancaran ‘senjata’ kecantikan terbaharu yang menjadi dambaan ramai wanita, iaitu Ultherapy Mask – PDRN Peptide Radiance.

Bagi Scha, pemilihannya sebagai wajah perwakilan jenama itu disifatkan sebagai satu penghormatan besar, apatah lagi ia amat bertepatan dengan falsafah peribadinya mengenai erti kecantikan yang sebenar.

“Secara peribadi, saya sangat teruja dan berbangga kerana dapat mewakili jenama yang mempunyai visi yang sama dengan pendirian saya, iaitu mementingkan hasil rawatan kecantikan yang asli dan tidak dibuat-buat. 

‘Kecantikan sebenar adalah apabila kita mampu menyerlahkan kelebihan semula jadi diri kita tanpa perlu mengorbankan identiti.

“Bagi saya, aura keyakinan itu akan memancar secara automatik apabila kita selesa menjadi diri kita yang sebenar. 

“Sokongan penjagaan estetik seperti ini sebenarnya memperkasakan lagi perjalanan setiap wanita untuk tampil lebih yakin dengan cara yang selamat dan berpaksikan realiti,” kongsi bintang filem Awan Dania itu dengan penuh teruja.

Kehadiran topeng muka hidrogel premium yang diekstrak daripada DNA ikan salmon (MC-PDRN) ini pula sememangnya bukan calang-calang. 

Ia dirumus khas untuk kegunaan di rumah bagi melengkapkan rutin penjagaan selepas melakukan rawatan estetik di klinik. 

Menariknya, produk magis ini bertindak pantas menyejukkan kulit dengan menurunkan suhu sehingga 7°C, memulihkan kelembapan, serta mencerahkan wajah secara berkesan.

Sementara itu, Naib Presiden Bersekutu (Komersial Serantau APAC) Merz Aesthetics, Raymond Ong menyifatkan pemilihan aktres jelita itu sebagai satu keputusan yang sangat tepat.

“Karakter Scha benar-benar menterjemahkan DNA Ultherapy PRIME.

“Dia adalah definisi tepat wanita moden yang penuh keyakinan, tulen, dan sentiasa selesa dengan imej dirinya. 

“Sebagai duta pertama kami di sini, Scha membuktikan bahawa penjagaan estetik yang betul mampu memberi kuasa kepada setiap individu untuk meraikan kecantikan semula jadi mereka tanpa menghilangkan jati diri sebenar,” ujarnya.

Mengulas mengenai pengenalan produk terbaharunya, Raymond menambah bahawa inisiatif tersebut bertujuan memastikan keajaiban rawatan estetik tidak hanya terhenti di pintu klinik. 

Sebaliknya, pengguna kini boleh merasai sendiri proses pemulihan yang optimum serta mengekalkan kulit berseri hanya dari keselesaan rumah masing-masing.

Acara eksklusif pada malam tersebut nyata ‘happening’ dengan kehadiran barisan pempengaruh media sosial, rakan artis, media, dan pakar estetik ternama dari sekitar rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia, Filipina, dan Vietnam yang berhimpun meraikan definisi baharu kecantikan moden.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This