JANGKITAN harian COVID-19 kembali menunjukkan penurunan di bawah paras 15,000 hari ini selepas naik kepada 15,759 kes semalam.
Kes baharu seluruh negara setakat tengah hari tadi mencatatkan 14,990 jangkitan dengan Selangor kembali menjadi negeri tertinggi.
Selepas beberapa hari menjadi penyumbang tertinggi kes baharu, penularan di Sarawak menurun di bawah 2,000 hari ini.
Sebanyak 1,712 kes baharu telah dilaporkan sehingga tengah hari tadi di Sarawak berbanding 3,732, semalam.
Bagaimanapun, jangkitan baharu di Selangor kembali meningkat melebihi 2,000 kepada 2,414 kes.
Semalam, kes baharu COVID-19 di Selangor masih di bawah paras 2,000 iaitu sebanyak 1,934 dan 1,365 kelmarin.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, penularan di Johor turun sedikit kepada 1,880 hari ini.
Sementara itu, Kelantan pula merekodkan peningkatan selepas naik melebihi 1,500.
Kadar jangkitan baharu di Kelantan naik mencecah 1,573 kes hari ini.
Empat negeri lain pula terus kekal mencatatkan kes melebihi paras 1,000 dengan Perak (1,490 kes); Pulau Pinang (1,224 kes); Sabah (1,199 kes) dan Kedah (1,007 kes).
Baca artikel berkaitan: 15,759 kes baharu, Sarawak, Johor tertinggi
Dua negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Pahang pula masing-masing mencatatkan 852 dan 688 jangkitan.
Sebanyak 338 dilaporkan di Kuala Lumpur manakala 313 di Melaka dan 170 dikesan di Negeri Sembilan.
Perlis pula mencatatkan 97 jangkitan diikuti Putrajaya 30 sementara hanya tiga kes dikesan di Labuan.
Berikut pecahan kes mengikut negeri:
Sehingga 22 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 14,990 kes (2,142,924 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,414 (664,022)
Sabah – 1,199 (189,322)
Sarawak – 1,712 (188,843)
Johor – 1,880 (184,218)
WPKL – 338 (183,868)
Kedah – 1,007 (128,551)
Pulau Pinang – 1,224 (122,597)
Kelantan – 1,573 (106,330)
Negeri Sembilan – 170 (96,053)
Perak – 1,490 (94,844)
Pahang – 688 (59,091)
Melaka – 313 (55,733)
Terengganu – 852 (50,188)
WP Labuan – 3 (9,937)
WP Putrajaya – 30 (5,956)
Perlis – 97 (3,371)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

