21.44 juta lengkap vaksin, dua negeri belum cecah 80 peratus

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus rancak berjalan walaupun negara telah berjaya mencapai prestasi memberangsangkan setakat ini.

Walaupun telah mencecah 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Ahad lalu, namun usaha memastikan lebih ramai divaksinasi tidak terhenti.

Sehingga semalam, peratusan dewasa lengkap vaksinasi telah pun meningkat kepada 90.4 peratus.

Lebih membanggakan, hampir semua negeri telah pun mencapai peratusan melebihi 80 peratus dewasa lengkap vaksin.

Bagaimanapun, hanya dua negeri belum mencecah paras itu iaitu Kelantan dan Sabah.

Dua negeri itu masih berada di bawah 75 peratus dengan sebanyak 74 peratus dewasa lengkap vaksin di Kelantan manakala 65.6 peratus di Sabah.

Sejak dilancarkan pada 24 Februari lalu, sebanyak 45.835 juta dos vaksin COVID-19 telah pun diberikan ke seluruh negara termasuk bagi vaksin dos tunggal, CanSino menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Usaha itu juga telah menyaksikan 21.437 juta individu seluruh negara telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Jumlah itu merangkumi 65.6 peratus populasi keseluruhan telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 24.510 juta individu atau 75.1 peratus keseluruhan penduduk.

Baca artikel berkaitan: 45.65 juta dos diberi, 90.02 peratus dewasa lengkap vaksin

Dari segi pemberian harian, jumlah dos bagaimanapun kekal menurun sehingga di bawah paras 200,000 semalam.

Sebanyak 184,486 dos telah pun diberikan merangkumi 52,302 untuk dos pertama manakala 132,184 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 94.8 peratus.

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.930 juta atau 82.3 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 2.412 juta (63.8 peratus populasi) di Johor; 1.914 juta (68.0 peratus populasi) di Sarawak; 1.919 juta (49.1 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.509 juta (60.1 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.249 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (1.240 juta) dan 957,918 di Pahang.

“Seterusnya, Kelantan berjumlah 926,585; Negeri Sembilan telah mencatatkan 808,156 lengkap dos kedua dan 716,052 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 609,735 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 171,814 di Perlis dan 70,252 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.574 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.848 juta individu.

Ia diikuti Sabah (2.275 juta); Sarawak (2.103 juta); Perak (1.774 juta) dan Kedah (1.472 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This