SEBANYAK 234 pusat pemberian vaksin (PPV) di klinik kesihatan masih beroperasi di seluruh negara.
Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, orang ramai yang mahu mendapatkan vaksin COVID-19 boleh mendapatkan senarai PPV di dalam aplikasi MySejahtera.
Beliau memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemaskini maklumat sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan kepada bilangan PPV dari semasa ke semasa.
Menurut Dzulkefly, orang ramai boleh klik pada ikon Locate Health Facilities di ruangan hadapan MySejahtera dan klik pada tag COVID-19 Vaccination Centre untuk menyemak senarai klinik kesihatan yang menyediakan vaksin COVID-19.
“Bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, orang ramai boleh hadir ke PPV yang tersenarai secara walk-in atau membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera.
“Ia sama sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: KKM akan keluar arahan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19
Mengulas lanjut, Dzulkefly menegaskan pengambilan vaksin COVID-19 pada masa ini adalah secara sukarela.
Namun begitu, kata beliau, KKM menggalakkan pengambilan vaksin COVID-19 terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi.
“Vaksin COVID-19 yang tersedia di negara ini berkesan untuk melindungi daripada komplikasi yang terus sekiranya dijangkiti.
“KKM menyarakan setiap warga Malaysia memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melindungi diri daripada jangkitan dan tidak menularan COVID-19 kepada orang lain dengan mengamalkan 3W (Wash, Wear & Warn) serta mengelakkan 3S iaitu kawasan sesak, sempit dan sembang dengan jarak dekat,” jelasnya.
Isnin lalu, Dzulkefly dalam sidang media memaklumkan KKM tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
Beliau menegaskan, situasi COVID-19 setakat ini masih lagi terkawal meskipun angka kes baharu sudah mencecah 20,696.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

