TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember depan. Buat julung kalinya, ADS diadakan sebagai sebuah anugerah berprestij untuk meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri seni kreatif.
ADS memberi peluang kepada peminat untuk menghargai artis-artis kegemaran mereka dan juga pengkarya seni yang berada di belakang tabir iaitu penerbit, pengarah dan penulis skrip.
Mereka merupakan komponen utama dalam mengadun sebuah karya yang dapat menyentuh jiwa penonton. Antara drama-drama hebat yang menjadi sajian hiburan dan pembakar semangat bagi para penonton sepanjang pandemik ini termasuklah 7 Hari Mencintaiku 2, Melastik Ke Hatimu, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Kampung People 2 dan banyak lagi.

Secara keseluruhan, ADS mempertandingkan 13 kategori. Terdapat 8 kategori yang terbuka untuk undian peminat, selebihnya melalui penilaian juri professional.
Bermula 3 hingga 31 Oktober , pukul 11.59 malam, peminat boleh mengundi bagi memilih pemenang dalam lapan kategori tersebut menerusi laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat .
Setiap pengguna boleh mengundi sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti. Kategori – kategori yang dibuka untuk undian adalah :
1)Drama Popular
2)Pelakon Lelaki Terbaik
3)Pelakon Wanita Terbaik
4)Pelakon Antagonis Terbaik
5)Pasangan Drama Terbaik
6)OST Terbaik
7)Drama Novel Adaptasi Terbaik
8)Babak Tular Drama Terbaik
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat, @dramasangat!
Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial!

