Aktor Alec Baldwin tertembak mati kru produksi di set penggambaran Rust

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON terkenal Hollywood, Alec Baldwin, 63, tanpa sengaja telah tertembak mati pengarah sinematografi, Halyna Hutshins,42, menggunakan sepucuk pistol prop di set penggambaran filem Rust di New Mexico semalam (Khamis).

Halyna disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Universiti New Mexico akibat kecederaan parah.

Malah, pengarah filem Rust, Joel Souza,48, turut cedera dan sedang dirawat di Hospital Christus St. Vincent, New Mexico.

Ketika ini, tiada dakwaan dibuat memandangkan pihak berkuasa masih menyiasat kejadian tersebut.

โ€œBerdasarkan pegawai penyiasat ketika kejadian tembakan itu berlaku mereka sedang merakamkan adegan yang melibatkan penggunaan sepucuk pistol prop.

โ€œPegawai penyiasat sedang menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan jenis peluru yang digunakan.

“Kami telah merakam kenyataan Baldwin dan dia telah dibebaskan,” kata kenyataan rasmi pihak polis.

Anggota polis tiba di lokasi penggambaran yang terletak di Bonanza Creek Ranch selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.50 tengah hari waktu tempatan.

Penggambaran telah dihentikan dan lokasi kejadian ditutup bagi memberi ruang untuk penyiasatan.

Rust merupakan filem berlatarkan tahun 1880-an yang dilakonkan oleh Travis Fimmel, Jensen Ackles dan Alec Baldwin.

Rust yang diarahkan oleh Joel itu, baharu sahaja menyambung semula penggambaran selepas beberapa bulan tergendala akibat penularan Covid-19.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This