Isteri dah kongsi gambar kahwin, Fizo Omar masih kunci mulut

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

AKAUN Instagram yang menggunakan nama @fazeeranazriaz telah menarik perhatian netizen apabila menggunakan gambar profil pelakon Fizo Omar yang lengkap berbaju Melayu rona putih.

Malah, foto tersebut turut memaparkan anak perempuannya, Wan Maryam seperti yang dikongsikan Fizo di Instagram, semalam.

Akaun yang tertera nama Fizo Faz pada ruangan biografi itu turut mengikuti akaun rasmi Instagram Fizo Omar.

Menerusi akaun Instagram yang baharu diwujudkan itu, foto pertama yang dimuat naik sekitar lima jam lalu menunjukkan seorang lelaki sedang menyarung cincin di jari wanita berserta kapsyen ‘Alhamdulillah’.

Sementara itu, menerusi perkongsian gambar kedua pula, seorang wanita yang didakwa isteri Fizo itu sedang ditata rias dengan keterangan gambar ‘syukur’ dan emoji cincin.

Entri gambar ketiga, wanita itu turut berkongsi gambar bersama ahli keluarganya sebelum dia memadamkan foto berkenaan.

Malah, menerusi pemerhatian URTV di Instastory wanita itu, dia turut berkongsi gambar dinya bersama Fizo di atas pelamin selepas selesai majlis pernikahan.

Sehingga kini, Fizo masih lagi mengunci mulut mengenai perkahwinan keduanya itu.

PASANGAN ini melangsungkan pernikahan malam tadi

Semalam, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, meninggalkan tanda-tanya kepada orang ramai selepas memuat naik gambar dirinya lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya dalam Instagram.

Pada ruangan kapsyen, Fizo turut meletakkan keterangan pada gambar, ‘Ok abe Joe left group recond dulu ok. Apa-apa roger ok.’

Difahamkan, Fizo bernikah dengan wanita yang juga bekas pramugari berasal dari Sarawak menerusi komen yang ditinggalkan di akaun laman sosialnya.

Majlis pernikahan mereka pula dipercayai berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 sebelum sah bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This