Single Tak Kira ilham putus cinta, Hafiz Zainal tak serik untuk kembali berkasih

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEMBABITANNYA dalam program realiti Big Stage musim ketiga tahun lalu, telah membuka ruang buat penyanyi Hafiz Zainal untuk lebih dikenali. Malah, menerusi rancangan itu juga, dia berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Biarpun tidak mara ke peringkat finalis, Hafiz, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Zainal tetap mampu berbangga dengan apa yang dicapai. Apatah lagi selepas program itu dia muncul dengan beberapa single di bawah syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment, milik pasangan suami isteri juga penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy.

Terbaharu, Hafiz muncul dengan single keenam berjudul Tak Kira yang sudah dilancarkan serentak dengan video muzik sejak 15 Oktober lalu di saluran YouTube Rhythm and Rhyme Entertainment.

Menariknya, menerusi lagu ciptaan Bunga Cantik itu, Hafiz diberi peluang untuk menjadi penulis lirik bersama Bunga Cantik dan Hang Nadim.

Bagi Hafiz, itu adalah percubaan dan pengalaman pertama terbabit dalam bidang penulisan lirik sekali gus menjadikan ia satu lagi pencapaian dalam kerjaya seni yang dibina.

โ€œSejujurnya, saya teruja dan dalam masa sama gementar. Apatah lagi ini adalah lagu pertama saya terbabit dalam penulisan lirik lagu. Istimewanya, menerusi single keenam ini baru saya berani mencuba. Terima kasih kepada Akim dan Stacy kerana memberi kepercayaan untuk saya menjadi penulis lirik bersama mereka,โ€ katanya kepada URTV.

Menurut Hafiz, lirik Tak Kira adalah berdasarkan pengalaman dan kisah percintaan yang pernah dilalui biarpun terkandas di tengah jalan.

Malah, dia menyifatkan lagu bergenre pop balada itu bukanlah lagu yang meratap kesedihan, tapi lebih kepada sudah bersedia bercinta semula atau dalam erti kata lain โ€˜move onโ€™.

โ€œSebelum masuk program Big Stage saya bercinta dengan seseorang. Namun, beberapa bulan selepas menyertai program itu, kami putus cinta. Hubungan saya dengan wanita itu hanya bertahan hampir setahun. Diakui memang kecewa.

โ€œDisebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kerjaya doktor gigi dengan membuka klinik gigi sendiri. Kebetulan ketika itu pun aktiviti seni dan hiburan tidak dibenarkan. Jadi, saya ada alasan kukuh kenapa buat keputusan itu.

โ€œNak dijadikan cerita, saya pula selalu lepak dengan Akim dan Stacy. Sedikit sebanyak mereka memang tahu cerita dan apa saya lalui. Disebabkan itu, ketika lagu ini dihasilkan, mereka terus minta saya tulis lirik supaya โ€˜feelโ€™ lebih terasa. Saya cuba dan alhamdulillah berjaya menghasilkan lirik pertama,โ€ ujarnya.

Pun begitu, menurut Hafiz sebagai orang baharu yang berjinak-jinak dalam bidang itu, dia tetap menerima teguran dan tunjuk ajar daripada Akim dan Stacy.

โ€œLirik lagu Tak Kira ini saya tulis dulu berdasarkan jalan cerita yang saya ingin sampaikan. Apabila sudah siap, Akim dan Stacy kemaskan dan cantikkan lagi penggunaan perkataan dan ayat.

โ€œDiakui ia lebih mudah sebenarnya, sebab jalan cerita saya. Secara tidak langsung mengembalikan semula memori dan kenangan yang pernah dilalui. Itu yang lebih mudah. Jadi, saya berharap peminat dan pencinta muzik tanah air dapat menerima karya ini,โ€ katanya.

Dalam masa sama, Hafiz menyifatkan lagu itu memberi satu perasaan baru untuknya lebih bersemangat dalam mencari cinta.

โ€œIni masa saya untuk mencari cinta baharu. Apatah lagi dalam lagu ini saya meletakkan diri rindu nak bercinta semula. Lagi pula saya sudah 29 tahun. Orang lain semua sudah ada kekasih dan pasangan hidup.

โ€œSekarang hati sudah terubat dan bersedia nak kembali bercinta. Buat apa nak terus bersedih. Jadi saya kena mulakan semula. Sebab itu saya nak kongsi dalam lagu ini. Saya mahu penyampaian lebih jujur.

โ€œAndai kata bekas kekasih mendengar lagu ini, dia takkan faham dan tahu ini kisah kami. Sebab ini bukan lagu sedih putus cinta, tapi lebih kepada โ€˜feelโ€™ sudah โ€˜move onโ€™ dan sepertinya sudah ada kekasih baru,โ€ katanya.

Hafiz juga mengakui, Tak Kira ini turut menceritakan pengalamannya ketika menaruh hati dengan kawan baik.

โ€œLirik lagu ini pun turut menceritakan pengalaman saya dengan seorang kawan baik. Kiranya kawan baik saya itu adalah โ€˜crushโ€™ saya. Apabila kami berjumpa semula, cinta itu kembali berputik. Tapi sebenarnya tak boleh, kerana akhirnya sesuai berkawan saja.

โ€œKiranya, menerusi lagu ini saya kena โ€˜move onโ€™ untuk dua perhubungan sebelum ini. โ€˜Move onโ€™ dengan dengan kawan dan cinta selepas Big Stage. Harapnya selepas ini, saya dapat menemui orang lain,โ€ katanya.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This