PENGARAH Sharulezad Mohameddin terpaksa menghentikan penggambaran drama Khilaf Asmara selepas disahkan positif Covid-19.
Menurut Shahrulezad, selain dirinya positif virus berkenaan, beberapa kru produksinya juga dijangkiti Covid-19.
“Dengan ini secara rasminya, produksi Khilaf Asmara akan dihentikan buat sementara waktu untuk proses kuarantin memandangkan ada beberapa orang pekerja yang positif termasuklah saya.
“Sesiapa yang ada berhubungan dengan pekerja, kru atau artis Radiusone adalah digesa untuk melakukan ujian calitan.
“Jangan cakap saya tak pesan ya,” tulisnya dalam entri di Instagramnya.
Sebelum itu, pengarah drama Nur itu turut berkongsi pada awalnya keputusan ujian RTK-Antigen yang dilakukan menunjukkan negatif.
“Saya pada awalnya negatif, tiba-tiba rasa tidak sedap badan bermula semalam. Selepas makan ubat demam masih macam itu juga.
“Hari ini sebelum masuk ke pejabat dan turun ke set penggambaran, lakukan sekali lagi ujian calitan. Alhamdulillah saya rupa-rupanya positif.
“Sekarang semua pekerja Radiusone tengah beratur depan klinik buat ujian calitan sekali lagi. Saya takut kalau virus ini semakin merebak,” katanya lagi.
Sementara itu, Shahrulezad turut menyarankan orang ramai yang berasa kurang sihat untuk terus melakukan ujian calitan di klinik atau hospital.
“Apa yang saya belajar di sini, kalau anda dah mula tak sedap badan terus buat ujian calitan RPK atau PCR. Jangan percaya sangat dengan ujian air liur atau ujian antigen (saliva/antigen).
“Gara-gara percayakan ujian air liur itulah saya dan pekerja pertama yang terkena jangkitan jadi pembawa virus Covid-19 tanpa kita sedar.
“Jadi semua kena hati-hati. Badan tak sedap saja terus ke klinik. Jangan makan paracetamol saja. Terus serah lubang hidung korang pada doktor untuk diperiksa.
“Mujur saya tak sempat berlepas ke Langkawi esok nak lawat set di sana. Kalau tidak… tak fasal saya kena kuarantin kat sana pula,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

