SELEPAS empat hari berturut-turut kes baharu COVID-19 mencatatkan trend peningkatan, akhirnya kembali turun hari ini.
Kes harian mula menunjukkan peningkatan semula sejak Selasa lalu sehingga mencecah 5,713 jangkitan, semalam.
Ia selepas penularan menurun kepada 4,626 iaitu jumlah terendah dalam tempoh lebih empat bulan yang dicatatkan pada hari Isnin lalu.
Hari ini, akhirnya kes kembali turun di bawah paras 5,000 apabila sebanyak 4,922 jangkitan dilaporkan di seluruh negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 2.497 juta.
“Sehingga 5 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,922 kes (2,497,265 kes).
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.
Menurut laman COVIDNOW, sebanyak 5,371 kes baharu secara purata dalam tempoh satu minggu telah dilaporkan seluruh negara.
Baca artikel berkaitan: Kes COVID-19 terus naik, catat 5,713 hari ini
Jumlah tersebut menurun berbanding 5,464 dicatatkan bagi tempoh sama, semalam.
Kebanyakan negeri mencatatkan trend penurunan namun tiga negeri atau wilayah merekodkan trend peningkatan agak tinggi dalam tempoh satu minggu.
Wilayah mencatatkan trend tertinggi adalah Putrajaya yang mencatatkan peningkatan sebanyak 30 peratus, namun purata kes hanyalah 35 dalam tempoh satu minggu.
Ia diikuti Labuan yang naik 20 peratus dengan purata enam kes sehari dalam tempoh seminggu dan Selangor meningkat lima peratus dengan purata 1,164 kes.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

